السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
“Cinta bukan masalah memiliki. Cinta adalah berani untuk pergi, atau ditinggalkan pergi…”
Lumrah hidup manusia..
Pasti ada yang meninggalkan dan yang ditinggalkan..
Berbeza perasaan yang dialami bagi kedua-dua keadaan tersebut..
Perasaan ditinggalkan mungkin lebih menyedihkan dari meninggalkan..
Yang ditinggalkan selalunya lebih kuat menanti hari esok..
Betapa kita hanya tahu nilai seseorang itu, bila dia mula tiada lagi atau bukan sesiapa dalam hidup kita..
Jadi, hargailah orang yang ada di sekeliling kita, selagi dia masih ada..
Supaya bila suatu hari dia meninggalkan kita, kita akan boleh tersenyum, kerana kita telah menghargai dia, sepanjang dia di sisi kita, bukannya selepas ketiadaan dia..
Kita takkan tau kita kuat sebenarnya, selagi kita tak ditinggalkan...
p/s: cintai yang mencintai lebih mulia dari mencintai yang dicintai...



Tiada ulasan:
Catat Ulasan