السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
15 November 2012 bersamaan dengan 1 Muharam 1434H..
bersemperna juga dengan sambutan Ma'al Hijrah ini, ingin sekali saya membuat sebaris dua ucapan..
yang pertama-tamanya, Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1434H kepada semua umat Islam khususnya kepada yang mengenali diri.. Semoga dengan kedatangan tahun baru ini, kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh teladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kehidupan kita bagi keperluan hari-hari mendatang.. Semoga dengan perubahan tahun ini juga akan mengubah kehidupan kite sebagai umat Islam yang mendambakan syurgaNya untuk terus meninggalkan sifat mazmumah dan terus-terusan melakukan perkara terpuji sebagai balasan timpal untuk mendapat keredhaan dan keberkatan Allah selaku Rabbul Alamin..
Info Sambutan Maal Hijrah 1434h
sambutan Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.
Satu Muharam Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Rasullah Dan Umat Islam, Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Warga KUIS Semua, Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman, Untuk Sepanjang Zaman
** teringat kenangan menyanyikan dengan semangat lagu ni zaman-zaman sekolah dulu.. :D
ok! sekarang nak masuk part yang lebih bersifat sentimental & ala-ala melo gitu..hihihiii.....
entry kali ni didedikasikan untuk my beloved 'sugar' daddy..
sumpah! cinte mati kat my 'sugar' daddy lebih dari segalenye..
opss!!
sugar daddy???
'sugar' menurut kamus dewan edisi ke berape (tak kesah & tak amek taw pun :p ) ialah gula dan gula itu sememangnye manis umpama madu lebah (bukan "madu" dalam pembuke & penutup kate yang sememangnye jangan harap laa untuk aku ade kan :p)..ahaa...
ok! tolong jangan salah faham dengan tittle besar kat atas tu..
'sugar' daddy yang di maksudkan ialah seorang yang sangat manis, sangat kacak dan bertanggungjawab dalam proses membesarkan saya hingga saya jadi besar macam ni.. Beliau ialah abah saya.. ^_^
 |
| ye! tak payah mention banyak kali da.. terbukti abah saye memang hensem pun.. tengok anak dia yang comel la kan.. :p |
ni kalau tak pecaye yang anak dia comel... :D
 |
| kan da cakap comel :p ahax.. |
Dengan ini,
saya,
Nursyafika Binti Mohd Shahadan, ingin mendedikasikan ucapan khas ikhlas kepada abah tercinta,
Mohd Shahadan Bin Fadir dengan ucapan SELAMAT MENYABUT ULANGTAHUN YANG KE-46..
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana masih diberi nikmat dan peluang oleh Allah kepadaku kerana dikurniakan abah untuk menjaga, membesar, merawat, melindungi, memberi didikan dan kasih sayang yang infiniti positif untukku..
abah....
terima kasih atas jase dan pengorbanan abah yang teramat banyak sangat-sangat untuk ika..
yang pastinye ika tak kan dapat balas dengan apa cara sekali pun..
melainkan dengan doa dan menjadi anak yang baik dan solehah, dan dapat buat abah bangga dengan ika sebagai anak abah..
abah....
terima kasih sebab abah hadiahkan ika sesuatu yang sangat-sangat bernilai..
abah cipta dan hadiahkan sebuah keluarga yang sangat teramat bahagia..
terlalu banyak cubaan dan rintangan dihadapi dan dilalui kita..
tapi abah mampu atasi segalanye dengan seluruh kudrat yang ada..
mencari nafkah sebaik-baiknya untuk menghidupkan kita sekeluarga..
memandikan kami dengan kemewahan kasih sayang..
sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan kami..
demi kebahagiaan kita sekeluarga..
terima kasih abah sebab jadikan mak wanita paling sempurna dalam dunia..
terima kasih abah sebab jadikan ika gadis paling bertuah dalam dunia....
terima kasih abah sebab jadikan syafiq anak teruna paling beruntung dalam dunia..
terima kasih atas segalanya..
abah....
maaf jika selama ika jadi anak abah, terlalu banyak khilaf ika buat..
maaf ika selalu buat abah marah..
maaf ika banyak sakitkan hati abah..
maaf ika sering kecewakan dan tak dengar cakap abah..
maaf ika asyik merungut dan melawan..
maaf ika tak seperti apa yang abah harap dan impikan..
maaf andai sakitnya abah berpunca daripada kedegilan dan kenakalan anakmu ini..
maaf atas segala-galanya..
abah....
semperna hari ulangtahun abah..
ika tak ade hadiah mahal-mahal nak bagi abah..
hadiah biasa-biasa je yang boleh dijumpai dimane-mane saje..
tapi ika ada hati dan cinta untuk ika sayang mak abah..
senakal-nakal ika, sedegil-degil ika, sekeras kepale ika..
ika nak abah tau..
abah hero ika..
abah idola ika..
abah role model ika..
abah lelaki yang paling ika sayang dalam dunia ni..
ika yakin & pasti..
mak pun akan cakap macam tu juga.. ^_^
abah....
ika harap, suatu hari nanti, ika akan dapat suami yang persis sikap abah..
disamping ketegasan dan garangnye abah..
abah seorang penasihat yang setia..
abah sangat-sangat bertanggungjawab, kelakar, sangat-sangat penyayang, kuat, tabah, protektif, sanggup berkorban, terlalu prihatin dan terlalu ambil berat pada keluarga..
IKA SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT...
ABAH YANG TERBAIK DALAM DUNIA DAN SEISI ALAM SEMESTA...
sumpah! ika tak tipu..
sudah terang lagikan bersuluh.. :)
HAPPY BIRTHDAY ABAH!!!!
SWEET 46 :D
p/s: ade lagi ke lelaki macam abah?? kalau ade, sile isi borang dan hantar pade abah saye ye... :D