Aku terjaga dari tidur sebentar tadi..
mungkin untuk menulis di dadamu kisah hidupku..
mungkin aku insan yang paling bahagia sebentar tadi..
bahagiaku pabila dapat bersama keluarga tercinta..
bahagiaku pabila aku mempunyai keluarga yang ceria dan 'sporting'..
bahagiaku pabila aku mempunyai keluarga yang penuh kasih sayang dan warna warni..
Aku bahagia..
Tapi dalam gelak tawa dan kekecohan aku semasa bermain boling,
dalam sumbang mambang dan keteraburan aku berkareoke,
dalam lahapnya aku menyantap char kuey tiaw yang sememangnya antara kegemaran ku,
segalanya bersama KELUARGA,
namun,jauh disudut hati ku tersimpan satu perasaan pedih dan hiba..
ketika ini hanya Allah SWT sahaja yang tahu segala apa yang terkandung dalam lubuk hatiku..
semasa dalam perjalanan ke Wangsa Walk..
aku membelek inbox phone untuk memadam mesej mesej lama..
kerana mesej phone aku penuh..
aku sempat membaca satu mesej dari insan yang masih aku sayang..
aku sempat membaca satu mesej dari insan yang masih aku sayang..
mesej tersebut berbunyi..
jika kau MEMILIKI aku nanti, MILIKILAH ia dengan SEBAIKNYA..jika kau MEMPUNYAI aku sebagai KEKASIHMU, JAGALAH aku dengan SEMPURNA..jika kau SAYANG padaku, SETIALAH kau padaku..jika kau MENYAYANGI aku,SAYANGILAH aku dengan KEJUJURAN kau padaku..JANGANLAH sesekali kau MELUKAI HATI ku..kerana HATI seseorang itu ibarat KACA yang sekali TERHEMPAS selamanya BERKECAI..dan TAK MUNGKIN dapat DICANTUM SEMULA..
hampir saja aku mengalirkan air mata entah untuk kali keberapa..
sedih, sebak, kecewa mengenangkan hubungan aku dan dia tak mampu diselamatkan...
kini...
jiwaku terasa kosong...
kosong umpama terperangkap dalam ruang yang gelap gelita..
tak ada panduan dan arah tujuan..
yang ada hanyalah AKU..
TETAPI...
aku cuba bangkit dengan mengingati setiap apa yang dinasihati oleh rakan yang aku anggap seperti kakak yang paling aku sayang..
ni antara nasihat nasihat dia lepas aku mengadu kat dia apa yang sedang aku alami sekarang..pika kena engat
kita selalu bwat perancangan
tp , perancangan Allah lg baik
xyarh larh stress2
engat ta0
pika jgan tggal s0lat
mak pika da xda kan , dya perlukan d0a dr pika
engat ta0
pika x leh jd lemah
pika kena kuat
kdang2 apa yg sukar kita nak tima 2 larh yang terbaik
akak nak bg sdikit nasihat jap
HATI2 JAGA HATI
kak ada surah nak tunjuk
tp kak lupa da d mna
tp , dlam surah 2 ada ckap . .
dlam badan manusia ada segumpal daging
iaitu hati
klaw hati 2 baik , insyaAllah semua nya will b 0k
bgt0h jugak sbalik nya'
s0 , apa2 p0wn pika bwat , pika kena kwal aty pika
jgan smpy aty yg kwal pika
engat 2
apa2 yng pika bwat pika kena niat kerana Allah ta0 . .
insyaAllah semua will b 0k . . praktis mke perfect
i n0e u can
aku TERIMA 100% nasihat yang diberikan kak fiza..
sebab aku tau kak fiza sayang aku..
walau sehebat dan seteliti mana pun perancangan yang kita buat..
kita tak boleh melawan qada' dan qadar yang telah ditetapkan pada setiap hambaNya..
sehebat hebat perancangan datangnya dari Allah SWT..
dari hadis yang kak fiza post kan kat wall aku, yang berbunyi..
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )
" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
pada mulanya aku tak mengerti apa yang dimaksudkan dalam hadis ni..
setelah mendapat penerangan oleh kak fiza sendiri,
kita jangan selalu rasa menyesal dengan apa yang kita buat..
setiap apa yang terjadi telah ditakdirkan dan janganlah kita terlalu bersedih..
kerana apabila bersedih, syaitan mudah menghampiri kita..
syaitan akan berbisik dan melemahkan iman kita..
seterusnya membuatkan kita menyalahkan pada takdir yang telah ditetapkan dan mengundang kemurkaan Allah SWT kerana tidak bersyukur dengan kurniaanNya..
Perlu kita ingat, kita milik Allah..
Segala sesuatu yang ada di alam semesta ini, hanya pinjaman dari Allah SWT kepada hambaNya..
berterima kasih dan bersyukurlah pada Allah atas segala nikmat dan kelebihan yang telah diberikan..
dan bersabarlah apabila menerima dan ditimpa musibah dan masalah..
Aku bukanlah seorang hamba Allah yang baik..
Terlalu banyak dosa dosa yang telah aku lakukan..
TERLALU BANYAK...
Tapi kali ini, aku tak kan biarkan diriku untuk terus terus terpedaya dengan bisikan hasutan dan tipu daya syaitan..
aku harus kuat..
aku tak boleh lemah..
aku PERLU terima segala apa yang berlaku dalam hidupku dengan rela hati..
baik atau buruk sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmah disebalik sesuatu..
Aku juga tak boleh terlalu ikut kata hati..
bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut rasa binasa..
aku perlu kawal hati aku..
jangan sampai hati yang kawal aku..
dan sebab terlalu ikut kata hati, aku dapat masalah..
walau aku akui, jauh dari sudut hati aku masih terlalu berharapkan si dia..
Mengenai solat ku..
Alhamdulillah kini aku sedang berusaha untuk cuba menyempurnakan solat 5 waktu sehari..
semuanya atas nasihat dan ingatan kak fiza dan roommate ku, KHAIRUN NISA' BINTI KHAIRUDDIN..
TERIMA KASIH yang teramat sangat atas bantuan untuk akhirat ika.. :)










Tiada ulasan:
Catat Ulasan